Hospital Bintulu laksana perkhidmatan farmasi 24 jam

Facebook
WhatsApp
ANJUNG Kasih YKN Hospital Bintulu. Foto Facebook Hajah Nancy Haji Shukri

BINTULU: Hospital Bintulu melaksanakan Perkhidmatan Farmasi 24 Jam bermula hari ini menerusi peralihan daripada sistem panggilan pasif kepada keberadaan aktif, sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pesakit.

Menurut kenyataan hospital berkenaan, pelaksanaan itu melibatkan penempatan anggota farmasi secara aktif di Kaunter Discaj, Farmasi Pesakit Dalam (IPD), sekali gus memastikan perkhidmatan farmasi disediakan sepanjang masa.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen hospital untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, di samping memenuhi standard akreditasi yang ditetapkan.

NOTIS makluman

“Pelaksanaan Perkhidmatan Farmasi 24 Jam ini juga bertujuan meningkatkan keselamatan pesakit serta kualiti penjagaan melalui penyediaan perkhidmatan farmasi yang lebih cekap dan berterusan,”katanya.

Hospital Bintulu memaklumkan pelaksanaan perkhidmatan itu dijangka mempertingkat kecekapan pengurusan ubat dan menyokong keperluan rawatan pesakit, khususnya di luar waktu operasi biasa.

Oleh Carolyne Utih