Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 1,000 guru kontrak lapor diri
  • TEMPATAN

Lebih 1,000 guru kontrak lapor diri

Utusan Sarawak 3 months ago
JAWAB SOALAN… Omar Mahlia ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di SK Haji Baki hari ini.

KUCHING: Lebih 1,000 guru kontrak telah melapor diri di seluruh Sarawak melalui sesi pengambilan khas tahun lepas.

Menurut Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahlia, sebanyak 1,312 guru baharu disediakan untuk Sarawak tahun ini dan sebilangan kecil guru yang belum melapor diri disebabkan keperluan untuk memenuhi tempoh notis peletakan jawatan kerja terdahulu.

“Mereka mempunyai tempoh 30 hari untuk melapor diri, bermula dari 13 Februari lepas dan kita berharap mereka dapat melapor diri dengan segera.

“Kami faham ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini telah bekerja dan perlu memberi notis serta meletakkan jawatan yang mungkin mengambil sedikit masa.

“Sebagai contoh, ada yang dari Kuching ditempatkan di kawasan seperti Baram, Belaga dan Kapit, jadi mereka memerlukan sedikit masa untuk menguruskan perjalanan dan mencari tempat tinggal.

“Namun, kita berharap dalam tempoh terdekat, kesemua 1,312 guru tersebut dapat melapor diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di SK Haji Baki di sini, hari ini.

Terdahulu, lebih 1,500 daripada 12,000 calon yang disaring telah berjaya melepasi proses temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada Disember lalu.

Sehubungan itu, beberapa calon yang berjaya turut menolak tawaran selepas mengetahui keputusan penempatan sekolah mereka.
Oleh Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi luang masa bersarapan bersama para hakim
Next: Mahu bekerja antara punca calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.