Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 100 kanak-kanak serlah kreativiti
  • Utara
  • WILAYAH

Lebih 100 kanak-kanak serlah kreativiti

Utusan Sarawak 4 months ago
KENANGAN…. Noriha Ali merakam gambar kenangan bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan pada Program Pintar Kreatif dan Konvokesyen Tabika Perpaduan 2025 di Bintulu.

BINTULU: Lebih 100 kanak-kanak dari 16 Tabika Perpaduan sekitar Bintulu memukau perhatian dengan kreativiti luar biasa melalui Program Pintar Kreatif dan Konvokesyen Tabika Perpaduan 2025 di sebuah hotel di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak, Noriha Ali berkata, program seperti itu memberikan impak besar dalam mencungkil bakat dan membentuk keyakinan diri kanak-kanak sejak awal usia.

“Tabika Perpaduan bukan hanya tempat pembelajaran, tetapi juga medan untuk membina asas kreativiti, nilai kepimpinan dan kerjasama yang menjadi tunjang kepada pembangunan masyarakat masa depan,” katanya pada majlis itu.

MEMUKAU… Persembahan bertenaga kanak-kanak Tabika Perpaduan memikat hati hadirin.

Program tersebut menampilkan pelbagai persembahan seperti tarian rampaian, bicara berirama, bercerita, nyanyian dan pembacaan berita.

Selain itu, pameran interaktif turut dipamerkan bagi menonjolkan hasil kreativiti kanak-kanak, yang mendapat pujian daripada ibu bapa dan tetamu jemputan.

Dalam pertandingan kreativiti yang dianjurkan, Tabika Perpaduan Kampung Assyakirin Rafflesia dinobatkan sebagai juara kategori bicara berirama.

Manakala kategori tarian rampaian dimenangi oleh gabungan Tabika RPR Bintulu Ros dan Tanjung.

Ujar Turkee, menerusi sokongan padu daripada ibu bapa, guru dan komuniti setempat, program seumpama itu menjadi bukti keberkesanan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang berimpak tinggi dalam membentuk generasi muda yang berkualiti, kreatif dan berkeyakinan.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RCBC, LDSC laksanakan projek Hope Delivery
Next: Banjir kilat landa Good Park Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.