Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LAS laksana kerja pengorekan jalan, pembaikan paip di bulatan Kampung Bahagia Jaya
  • Tengah
  • WILAYAH

LAS laksana kerja pengorekan jalan, pembaikan paip di bulatan Kampung Bahagia Jaya

Utusan Sarawak 2 months ago
PELAN lokasi kerja pengorekan jalan dan pembaikan paip utama HDPE berukuran 355mm di bulatan Kampung Bahagia Jaya, Jalan Teku malam ini.

SIBU: Lembaga Air Sibu (LAS) melaksanakan kerja pengorekan jalan dan pembaikan paip utama HDPE berukuran 355mm di bulatan Kampung Bahagia Jaya, Jalan Teku di sini, malam ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, LAS memberitahu bahawa kerja-kerja tersebut dijangka bermula 10.00 malam dan mengambil masa sekitar tujuh jam.

Sepanjang tempoh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mengelak kawasan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif seperti Lorong Bahagia 1 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

LAS turut menasihati pengguna jalan supaya mematuhi papan tanda arah serta papan keselamatan yang diletakkan di sekitar kawasan kerja dijalankan.

“Pihak lembaga memberi jaminan akan menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin bagi mengurangkan kesulitan kepada orang ramai.

“Jika cuaca tidak mengizinkan, kerja akan ditunda ke hari berikutnya,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, LAS turut memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai kerjasama sepenuhnya daripada pengguna jalan raya.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian Talikhidmat LAS di talian 013-810 6311.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor agih 100 pek bubur lambuk kepada orang awam
Next: SAA perlu dana RM6.5 juta untuk projek pembinaan bangunan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.