Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapan penjawat awam ditahan berjudi
  • TEMPATAN

Lapan penjawat awam ditahan berjudi

Utusan Sarawak 5 years ago
JUDI MALAM RAYA… Peralatan perjudian yang dirampas daripada kaki judi penjawat awam yang bekerja di Limbang.

ADENG IDRUS

LAWAS: Sambutan menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri tercemar dengan penahanan lapan orang penjawat awam dan seorang pesara kerajaan.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu kenyataan media mengesahkan penahanan semua suspek yang leka berjudi ketika serbuan dilakukan.

Menurut Abang Zainal, semua yang ditahan berusia 27 sehingga 62 tahun.

Menerusi kenyataan berkenaan juga menyatakan mereka ini ditahan di depo agensi kerajaan, kira-kira 4.25 petang yakni sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Lapan penjawat awam yang ditahan masih lagi bekerja di enam agensi kerajaan berlainan di Limbang.

Sementara itu, pesara berusia 62 tahun yang ditahan adalah bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan di Limbang.

“Mereka ini berjaya ditahan semasa Op Dadu (Hoo Hey How). Seorang daripada lapan suspek masih bujang, manakala yang lainnya sudah berkahwin.

Mereka ini terdiri daripada Penolong Jurutera, Pembantu Operasi, Pembantu Awam, Pembantu Am dan pemandu,” ujarnya.

Polis merampas berbagai peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM1,171.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka Dan Per 3 Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana Melanggar Syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020 melibatkan penjawat awam.

Continue Reading

Previous: Hilang tempat tinggal sekelip mata
Next: Penuntut universiti maut terjatuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.