Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan mangsa dipindahkan akibat banjir
  • Utara
  • WILAYAH

Lapan mangsa dipindahkan akibat banjir

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEDIA PINDAH … Anggota BBP Lawas memindahkan mangsa banjir menggunakan lori Bomba ke kawasan lebih selamat.

LAWAS: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah memindahkan lapan mangsa banjir ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air di Kampung Seberang Kedai Trusan, pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, sepasukan anggota BBP bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.00 pagi.

“Pihak Bilik Kawalan BBP Lawas menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian banjir yang berlaku akibat fenomena air pasang besar. Air telah melimpah masuk ke dalam sebuah rumah sehingga mencapai paras kira-kira 1.5 kaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, lapan mangsa dari rumah yang terjejas telah dipindahkan menggunakan lori bomba ke jalan raya berhampiran yang dikenal pasti sebagai kawasan selamat.

Setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana keadaan banjir menunjukkan tren surut dan masih dalam kawalan pihak berkuasa.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hasbi hadir majlis persandingan anak Abdul Rahman di Limbang
Next: Latihan OHTA diadakan di Limbang, perkukuh langkah keselamatan jemaah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.