Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lanun Dinara Cut ‘Raja Sungai Seblak’ 
  • WILAYAH

Lanun Dinara Cut ‘Raja Sungai Seblak’ 

Utusan Sarawak 5 months ago

Pasukan Lanun Dinara Cut meraikan kejuaraan mereka selepas bergelar 'Raja Sungai Seblak' petang semalam.

ROBAN: Pasukan Lanun Dinara Cut dinobat sebagai ‘Raja Sungai Seblak’ selepas menjuarai acara bidar 10 pekayuh lelaki pada perlawanan akhir Jaguh Lumba Perahu Sungai Seblak sempena Festival Makanan Roban (RFF) 2024 di Tebingan Sungai Seblak, petang semalam. 

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Lanun Dinara Cut milik Basiron Cut terpaksa berhempas pulas menewaskan pasukan Todak Berjaya milik Nur Ikhmal Kasdi yang memberikan saingan yang begitu sengit.

Dengan kejuaraan itu, pasukan Lanun Dinara Cut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala, manakala pasukan Todak Berjaya yang muncul naib juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,500 dan piala.

Dalam pada itu, pasukan Jamaco milik Harjam Jamain berada di kedudukan tempat ketiga untuk hadiah wang tunai RM2,000 dan piala.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan ADUN Krian, Friday Belik.

Mohamad Duri dalam pada itu menjelaskan acara lumba perahu bidar 10 pekayuh ‘Ala Sambas’ ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Sungai Seblak yang mempunyai keunikannya tersendiri.

“Format acara lumba perahu yang berlangsung secara satu lawan satu ini merupakan pertama kalinya diadakan di Sarawak dalam acara sukan lumba perahu bidar 10 pekayuh,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Budaya usung pelajar khatam al-Quran perlu dipertahankan
Next: Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.