Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lampard akui Chelsea tertekan
  • SUKAN

Lampard akui Chelsea tertekan

Utusan Sarawak 5 years ago
FRANK Lampard kelihatan kecewa setelah Chelsea tumpas di tangan Arsenal pada perlawanan final Piala FA.

FRANK Lampard mengakui bahawa Chelsea agak terleka walaupun berjaya mendahului perlawanan sebelum tumpas kepada Arsenal dalam perlawanan akhir Piala FA awal pagi kelmarin.

Pasukan bimbingan Lampard bermula dengan cemerlang di Stadium Wembley selepas Christian Pulisic meledakkan gol pembukaan.

Bagaimanapun, ketua pasukan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti sebelum rehat separuh masa dan menjadikan kedudukan 2-1 sebaik aksi bersambung.

“Kami bermula dengan baik pada 10 atau 15 minit, menjaringkan gol dan juga memperoleh peluang menambah jaringan. Berdasarkan perkara itu, kami harus menyalahkan diri sendiri jika kita bercakap soal bola sepak,” kata Lampard.

Lampard sudah berusaha untuk membuatkan pemainnya kembali fokus namun beliau mengakui bahawa kelemahan Chelsea adalah kesilapan di bahagian pertahanan sepanjang musim ini.

Ia diburukkan lagi dengan Mateo Kovacic diperintah keluar padang dan kecederaan yang dialami Pulisic serta Cesar Azpilicueta.

Selepas dinafikan peluang untuk meriah trofi pertama sebagai pengurus Chelsea, Lampard tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

“Apa yang saya dapat buat dari tepi padang ialah menjerit. Dalam permainan kami memang sudah berusaha keras sepanjang tahun tapi kita perlu bergerak secara berpasukan.

“Kami agak perlahan, kami banyak bermain di kawasan sendiri, membiarkan ditekan pihak lawan, mereka tidak tahu ke mana arah tujuan. Kami tidak bermain dengan baik untuk menang perlawanan akhir,” kata Lampard.

Continue Reading

Previous: Guardiola ‘hilang kaki’ penting
Next: Vietnam ambil langkah ke belakang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.