SRI AMAN: Kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan sedia ada di seksyen Bukit Begunan WPC04 (Simpang Pantu-Skrang) Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bermula beberapa hari lepas kini telah siap.
Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Sri Aman melaporkan jalan itu adalah jalan sedia ada yang disenggara oleh pihak kontraktor dengan jalan baharunya pula masih dalam proses pembinaan (lihat gambar).
“Memandangkan musim perayaan Aidilfitri kian menjelang, maka jumlah trafik yang menggunakan Lebuhraya Pan Borneo dijangka meningkat.
“Berikutan itu, pengguna kenderaan dinasihat agar mematuhi arahan had laju dan jangan melakukan pusingan U di persimpangan pusingan P untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
Beliau berkata, tindakan pengguna kenderaan melakukan pusingan U di persimpangan pusingan P bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh menyebabkan musibah kepada mereka yang tidak berdosa.
“Bagaimanapun adalah amat penting pengguna kenderaan merancang perjalanan masing-masing terlebih dahulu menjelang Aidilfitri dan mematuhi peraturan trafik yang ditetapkan,” katanya.
Oleh VALENTINE NGUMBANG