Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lakaran lukisan di Gua Niah jadi tarikan orang ramai
  • TEMPATAN

Lakaran lukisan di Gua Niah jadi tarikan orang ramai

Utusan Sarawak 5 years ago
ALBUM… Kapitan Pui Kuan Pheng (kiri) rakam kenangan bersama pelukis Lee Thung Kong (kanan) di dinding lukisan di sini semalam.

BATU NIAH : Lakaran lukisan yang cantik mengenai pemandangan pintu masuk ke dalam Gua Niah yang dilukis oleh pelukis tempatan di dinding sebuah kedai di sini menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai semalam.

Pelukis Lee Thung Kong, 48 tahun berasal Batu Niah merupakan seorang pelukis yang berpotensi tinggi telah mendapat tajaan orang awam di sini untuk melukis dan menghasilkan sebuah lukisan pemandangan Gua Niah.

Lee Thung Kong ketika ditemui di tempat melukis berkata, lukisan yang dilukis adalah 31 kaki sepanjang dan lebar 30 kaki boleh siap sepenuhnya dalam bulan Julai ini.

Sementara iti, Kapitan Pui Kuan Peng ketika ditemui semalam berkata, penghasilan lukisan itu merupakan satu cara untuk menarik pengunjung datang ke sini secara langsung mampu meningkatkan ekonomi di Batu Niah.

Katanya, Batu Niah yang terkenal dengan Gua Niah di peringkat global harus mempunyai sesuatu tarikan untuk memberangsangkan minat pelancong datang ke sini.

“Buah fikiran mewujudkan lukisan adalah daripada orang awam di kedai Batu Niah, kerana melihat lukisan di bandar-bandar berjaya menarik orang ramai.

“Idea tersebut mendapat sambutan dengan menjemput seorang pelukis tempatan untuk menghasilkan lukisan Gua Niah”, jelasnya.

Utusan Sarawak difahamkan bahawa sejak beberapa hari lepas, lukisan dinding ini telah menjadi viral di media sosial hingga sekarang.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Betong jadi Majlis Perbandaran menjelang 2030
Next: Prihatin isu banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.