KUCHING: Lagi buaya berjaya ditangkap dan kali ini di Sungai Sebuyau.
Menurut Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), ia adalah buaya spesies πΆππππππ¦ππ’π πππππ π’π yang berukuran 10 kaki telah berjaya ditangkap di sungai Sebuyau, hari ini.
SFC dalam satu kenyataan menyatakan penangkapan reptila itu adalah berikutan operasi dilakukan oleh anggota Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) dan Renjer Penjaga Hidupan Liar (WGR) SFC.
πΆππππππ¦ππ’π πππππ π’π adalah juga dikenali sebagai buaya tembaga selain dikenali sebagao buaya muara atau buaya katak.