Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kursus Penandaan Balak JHS, STAT perkukuh kemahiran Industri Kayu Kayan
  • SEMASA

Kursus Penandaan Balak JHS, STAT perkukuh kemahiran Industri Kayu Kayan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PARA peserta didedahkan dengan teknik pengukuran saiz balak yang tepat serta pengiraan isipadu bagi pelbagai jenis balak seperti berongga, bengkok menerusi latihan praktikal di lapangan yang dijalankan di Pusat Pengumpulan dan Agihan (CDC) LPF0025, Batu 68 Jalan Sibu-Selangau.

SIBU: Jabatan Hutan Sarawak (JHS), dengan kerjasama STA Training Sdn Bhd (STAT), cabang latihan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), telah berjaya melaksanakan Kursus Penandaan Balak yang diadakan pada 22 hingga 24 April 2025 di Hotel Tanahmas, Sibu.

Kursus intensif selama tiga hari ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemain industri dalam pengukuran dan penandaan balak, serta memperkukuh amalan perhutanan lestari dan penilaian kayu yang tepat.

Sebanyak 34 peserta yang terdiri daripada penanda balak, penyelia kolam balak, dan pemegang taruh industri kayu kayan telah menyertai kursus ini.

Antara topik utama yang dibincangkan adalah teknik pengukuran, penandaan balak, pengecaman spesies, pengisian borang spesifikasi balak, serta proses permohonan kepada JHS untuk penilaian royalti.

Kursus ini juga menekankan aktiviti pergerakan balak sepanjang Rantaian Jagaan Kayu Sarawak, selaras dengan Ordinan Hutan 2015.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pegawai Hutan Wilayah Sibu, Ahmad Ashrin Mohammad Bohari, Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, menegaskan bahawa kejayaan kursus ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkasa ilmu dan kemahiran individu dalam sektor perhutanan melalui latihan khusus.

“Ketepatan dalam penandaan balak amat penting untuk mengelakkan pengisytiharan yang tidak tepat, seterusnya melindungi hasil kerajaan dan mengelakkan kebocoran dalam kutipan royalti,” katanya.

Beliau turut menyarankan peserta agar memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini.

Selain sesi teori di bilik kuliah, peserta turut menjalani latihan praktikal di Pusat Pengumpulan dan Agihan (CDC) LPF0025, Batu 68 Jalan Sibu-Selangau.

Kemahiran yang dipelajari termasuk pengukuran tepat saiz balak, serta pengiraan isipadu untuk balak berongga, bengkok, dan berdefek.

JHS dan STAT merakamkan penghargaan kepada semua tenaga pengajar dan peserta atas kejayaan penganjuran kursus ini.

Mereka turut berkomitmen untuk terus memperluas peluang latihan dan, memperkukuh kerjasama dalam sektor perhutanan ke arah penggunaan sumber yang bertanggungjawab dan mampan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu Jalur Gemilang: KPM jalankan siasatan terperinci
Next: 600 kamera badan untuk pegawai imigresen – Saifuddin Nasution

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.