Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kurang 19 minit, bomba atasi pokok rambutan tumbang halang jalan raya
  • Tengah
  • WILAYAH

Kurang 19 minit, bomba atasi pokok rambutan tumbang halang jalan raya

Utusan Sarawak 5 months ago
TUMBANG… Anngota bomba memotong dahan pokok rambutan tumbang di Jalan Cheng Loh, Sungai Tulai. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebatang pokok rambutan telah tumbang menghalang lalu lintas di Jalan Cheng Loh, Sungai Tulai, petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.49 petang. 

“Sepasukan bomba diketuai Ketua Operasi, Haron Jenai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok rambutan tumbang menghalang jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua unit mesin gergaji rantai dan membersihkan jalan.

“Operasi di lokasi selesai dalam tempoh lebih kurang 19 minit.

“Khidmat khas memotong pokok tumbang selesai sepenuhnya pada 7.48 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM bantu hantar warga emas hampir putus kaki ke hospital
Next: 30 peserta uji ketangkasan berdepan situasi perlawanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.