Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kunyit, halia cetus gelombang baharu perniagaan
  • TEMPATAN

Kunyit, halia cetus gelombang baharu perniagaan

Utusan Sarawak 5 years ago
TEROKA PERNIAGAAN… Awla Dris sempat merakam gambar bersama hadirin lain pada majlis Pra Pelancaran Jus Udak Lis (Home Made) keluaran Simunjan D Production di Kuching semalam.

KUCHING: Masyarakat harus bijak dalam mengadaptasi bahan semulajadi menjadi sesuatu produk yang boleh menjana pendapatan.

Sekali gus, berupaya menjadi penyumbang mata pencarian dalam mengubah kehidupan harian agar lebih sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris berkata, perubahan dunia yang semakin mencabar ketika ini turut menyaksikan tuntutan keperluan harian meningkat.

Justeru katanya, kekreatifan masyarakat dalam menambah pendapatan harian amat penting dengan mengadaptasi bahan tanam-tanaman semulajadi menjadi punca pendapatan.

“Bukti yang jelas dengan apa yang dilaksanakan oleh Simunjan D Production iaitu sebuah badan penggerak kepada pembangunan ekonomi mapan yang ketika ini berjaya menghasilkan jus daripada tanaman seperti kunyit serta halia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Pra Pelancaran Jus Udak Lis (Home Made) keluaran Simunjan D Production di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini malam kelmarin.

Menurut Awla, beliau menzahir rasa kagum dengan pendekatan berani dilakukan pihak syarikat berkenaan yang berani meneroka bidang penghasilan jus berkenaan.

Katanya, usaha dilakukan pihak terbabit seharusnya menjadi contoh kepada umum mengambil kira usaha mereka mempelbagaikan kegunaan hasil tanaman berkenaan.

“Saya percaya selepas ini tanaman kunyit dan halia akan terus diperhebatkan oleh masyarakat setempat, bukan hanya dapat menampung keperluan kegunaan barangan berkenaan.

“Tempoh yang sama dapat memperlihatkan kegunaannya untuk menghasilkan jus dengan skala yang lebih besar,” tegas beliau.

Sambil percaya populariti serta kegunaan jus berkenaan akan dapat menembusi pasaran global secara keseluruhannya.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Manfaat kemudahan bantuan Sarawak
Next: Kampung Tengah bakal miliki jeti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.