Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kumpulan sokongan ‘The Pink Ribbon’ disaran jalin kerjasama dengan LPPKN
  • SEMASA

Kumpulan sokongan ‘The Pink Ribbon’ disaran jalin kerjasama dengan LPPKN

Utusan Sarawak 7 months ago
  • Tingkat kesedaran masyarakat berkenaan kanser payudara dan serviks
UNTUK ALBUM… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merakamkan gambar bersama anggota Pink Ribbon Support Group dan peserta Program Pink Aerobik yang diadakan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara dan Pagi Bebas Kenderaan di Padang Merdeka, hari ini.

KUCHING: Kumpulan Sokongan ‘The Pink Ribbon’ disarankan untuk menjalin kerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kanser payudara dan serviks.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kolaborasi antara kedua-dua organisasi itu akan menyediakan sumber yang komprehensif dan tepat kepada masyarakat.

“LPPKN meletakkan sasaran 30,000 wanita di seluruh Malaysia untuk melakukan saringan kanser serviks pada tahun ini. 

“Pengesanan awal adalah penting dalam memastikan mereka mendapat rawatan yang tepat.

“Selain itu, adalah penting untuk memastikan lebih ramai wanita mendapat maklumat mengenai kanser payudara serta panduan bagi pemeriksaan kendiri, pilihan rawatan serta supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan daripada penyakit berbahaya seperti kanser payudara dan serviks,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pink Aerobik sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara dan Pagi Bebas Kenderaan di Padang Merdeka di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, kedua-dua kanser itu kekal menjadi kanser utama yang telah meragut banyak nyawa wanita.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Sarawak akan terus menyokong inisiatif sedemikian untuk kesejahteraan masyarakat di negeri ini khasnya golongan wanita.

“Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan sentiasa menyokong inisiatif seperti ini yang memberikan impak positif kepada penjagaan kesihatan masyarakat di negeri ini.

“Saya percaya kita perlu lebih bekerjasama dengan LPPKN dan agensi kerajaan lain untuk terus menganjurkan program yang baik seperti ini,” tambahnya.

Program Pink Aerobik merupakan sebahagian daripada kempen selama sebulan Pink Ribbon semasa Bulan Kesedaran Kanser Payudara bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dan meraikan mangsa yang terselamat.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2025: Malaysia terus beri tumpuan serius pembangunan AI
Next: Hanya dua projek JKR Persekutuan dikategorikan ‘sakit’ di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.