Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kukuhkan hubungan antara sektor korporat, perbankan, media, masyarakat
  • SUKAN

Kukuhkan hubungan antara sektor korporat, perbankan, media, masyarakat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bergambar bersama tetamu kehormat pada program #AFFIN50 Pickleball Bersama Media di Kompleks Pikabol Kuching, semalam. Foto Jiwa Bakti

KUCHING: Program #AFFIN50 Pickleball Bersama Media yang diadakan malam tadi di Pikabol, Sungai Kuap, berjaya menarik penyertaan aktif daripada pengamal media dan rakan korporat dalam suasana yang penuh semangat dan kegembiraan.

Acara ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi juga menjadi platform yang penting untuk mempromosikan nilai positif dan mengukuhkan hubungan antara sektor korporat, perbankan, media, serta masyarakat.

DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menunjukkan bakat bermain pikabol (pickleball) pada program #AFFIN50 Pickleball Bersama Media di Kompleks Pikabol Kuching, semalam. Foto Jiwa Bakti

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dalam ucapan perasmiannya, menekankan betapa pentingnya acara seperti ini dalam menggalakkan semangat kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

“Walaupun Pickleball masih baru di negara ini, ia telah berkembang dengan pesat. Ia bukan sahaja sukan yang menyeronokkan, tetapi juga menggalakkan gaya hidup sihat, terutama bagi golongan yang lebih berusia,” katanya.

Beliau juga memuji inisiatif Kumpulan Affin yang menganjurkan kejohanan ini sebagai contoh kepimpinan yang bertanggungjawab dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

Sharifah Hasidah turut menyampaikan penghargaan kepada Kumpulan Affin atas komitmen mereka dalam menyediakan platform untuk mempereratkan hubungan antara pelbagai pihak, sambil berharap agar Kumpulan Affin akan terus berkembang.

“Saya yakin dengan sokongan Sarawak, Kumpulan Affin akan terus maju dan menjadi antara kumpulan perbankan terbaik di negara ini,” tambahnya.

Turut hadir Pengerusi AFFIN BANK, Dato’ Agil Natt; Pengerusi AFFIN ISLAMIC, Musa Abdul Malek; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN ISLAMIC, Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin serta beberapa dif kehormat lain.
Oleh Amanda L

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ronaldo ledak gol bantu Al-Nassr layak separuh akhir
Next: Samarahan Bridge Half Marathon 2025 tarik lebih 800 peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.