Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kuching dilanda ‘perang bendera’
  • TEMPATAN

Kuching dilanda ‘perang bendera’

Utusan Sarawak 3 years ago
PERANG BENDERA… Bendera dari pelbagai parti berkibaran di sekitar Kuching penuh dengan slogan propaganda parti bagi meyakinkan para pengundi untuk mengundi calon parti pada 18 Disember ini di seluruh Sa- rawak. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Kurang seminggu lagi untuk tarikh pengundian Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), ‘perang bendera’ semakin rancak di sekitar bandaraya ini.

Tinjauan Utusan Sarawak di beberapa kawasan semalam mendapati bendera, kain rentang serta poster pelbagai saiz semakin banyak kelihatan.

Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, perang bendera dapat dilihat membabitkan empat parti iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Amanah Negara (Amanah), Bebas dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Situasi itu jelas dilihat di beberapa kampung di sekitar Kampung Tabuan Melayu yang mana bendera mewakili Khairul yang berwarna biru dilihat banyak diletakkan di sepanjang jalan Kampung Tabuan selain bendera GPS di kawasan berkenaan.

Keadaan sama boleh dilihat di kawasan DUN Muara Tuang apabila bendera GPS serta PSB dipasang memenuhi jalan raya menuju ke Samarahan dan laluan di sekitarnya.

Kemeriahan perang bendera itu tidak kurang hebatnya di sekitar pusat bandar terutama di DUN Padungan yang dipenuhi dengan bendera GPS, DAP serta Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Sementara itu, di bulatan berhampiran Jalan Padungan, bendera GPS dipasang membentuk struktur segi tiga di dalam kawasan bulatan berkenaan.

Selain itu, di DUN Batu Lintang pula menyaksikan perang bendera membabitkan GPS serta PKR yang boleh dilihat di beberapa jalan termasuk Jalan Rock dan Jalan Kereta Api.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Krian Dalam Pilihan Raya Sarawak
Next: Calon GPS di DUN Samalaju turun padang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.