Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City fokus dua aksi terakhir sebelum fikir beli pemain
  • SUKAN

Kuching City fokus dua aksi terakhir sebelum fikir beli pemain

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Fazzrudin Abdul Rahman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap (dua, kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang bergambar semasa majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Tupong di Dewan Hikmah, hari ini. FOTO UKAS

PETRA JAYA: Kuching City FC kini memberikan sepenuh perhatian kepada dua perlawanan terakhir musim ini sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan pembelian pemain baharu menjelang jendela perpindahan akan datang.

Pengerusi kelab, Dato Fazzrudin Abdul Rahman menyatakan bahawa pasukan berusaha sedaya upaya untuk meraih mata penuh dalam baki perlawanan, terutama dengan persaingan sengit daripada Sabah dan Terengganu.

Menurutnya, perancangan masa depan pasukan masih melibatkan Aidil Sharin Sahak sebagai ketua jurulatih dan beliau telah mencadangkan beberapa pemain untuk menambah kekuatan pasukan.

“Keutamaan kami ketika ini adalah memastikan pasukan memperoleh kemenangan penuh dalam dua perlawanan yang tinggal. Kami perlu memberi tumpuan kepada prestasi sendiri sebelum merancang strategi untuk musim depan.

“Kami juga berhasrat membawa pulang pemain kelahiran Sarawak yang cemerlang dalam arena bola sepak untuk menyertai Kuching City. Setakat ini, tiga pemain telah dikenal pasti namun kami tidak mahu melakukan perubahan besar dalam pasukan,” katanya ketika ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong di Dewan Hikmah, Petra Jaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberi gambaran bahawa sebarang pengumuman rasmi mengenai kemasukan pemain baharu hanya akan dibuat selepas segala butiran dimuktamadkan.

“Setelah semuanya selesai, kita akan membuat pengumuman rasmi. Ada beberapa kejutan menanti penyokong Kuching City,” tambahnya.

Dengan prestasi pasukan yang semakin meningkat, Kuching City FC optimis untuk menamatkan musim ini dengan keputusan positif serta terus memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi cabaran musim hadapan.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta tetamu lain. – UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: The Reds hampiri mahkota liga ke-20
Next: Tujuh pasukan buru juara Kejohanan Bola Keranjang Jubli Emas Rimbunan Hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.