Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kuching City FC terima tajaan RM1 juta
  • TEMPATAN

Kuching City FC terima tajaan RM1 juta

Utusan Sarawak 11 months ago
FAZZRUDIN Abdul Rahman bersama yang lain ketika majlis simbolik penyerahan tajaan berkenaan di Pejabat Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, hari ini.

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) menerima tajaan berjumlah RM1 juta daripada syarikat Press Metal Bintulu Sdn. Bhd. untuk mengharungi kempen Liga Super 2024.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga Pengerusi KCFC, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Press Metal Sdn. Bhd. di atas penajaan tersebut. 

“Kita sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh Press Metal Bintulu Sdn. Bhd. menerusi tajaan ini.

“Sokongan ini sekali gus akan meningkatkan semangat kepada pemain-pemain Kuching City FC,”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika satu sidang media selepas majlis simbolik penyerahan tajaan berkenaan di Pejabat Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, majlis penyerahan tajaan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Aluminium Holdings Berhad, Ooi Beng Guan.

Selain itu, KCFC pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Iswandi Ali Hassan dan turut disaksikan oleh Fazzrudin Abdul Rahman dan pegawai kedua-dua pihak.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Hope Place komited bantu keluarga memerlukan
Next: Kementerian Pengangkutan usaha kurangkan kesan pembinaan Garis Merah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.