KRT perkukuh perpaduan, keselamatan komuniti di Miri

Facebook
WhatsApp
LAWAT...Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin gerai jualan selepas merasmikan Program Jalinan Mesra Rukun Tetangga Daerah Miri hari ini.

MIRI, 21 November: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu terus memainkan peranan aktif bukan sahaja dalam memperkukuh perpaduan masyarakat, malah membantu meningkatkan keselamatan kawasan kejiranan menerusi kerjasama penduduk dan pihak berkuasa.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, KRT merupakan penghubung penting antara penduduk dalam membina komuniti yang harmoni, prihatin dan saling membantu.

Menurutnya, keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di Sarawak perlu terus dipelihara melalui hubungan kejiranan yang baik serta penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti komuniti.

“KRT bukan sekadar sebuah organisasi yang menganjurkan aktiviti kemasyarakatan, tetapi juga menjadi penghubung antara penduduk, membantu mengenal pasti keperluan komuniti serta menggalakkan semangat kerjasama dan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rukun Tetangga Daerah Miri dan pembukaan gerai jualan produk, makanan dan minuman di sini hari ini.

LAWAT…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin gerai jualan selepas merasmikan  Program Jalinan Mesra Rukun Tetangga Daerah Miri hari ini.

Lee berkata, aspek keselamatan komuniti juga perlu diberi perhatian susulan beberapa kejadian pecah rumah yang dilaporkan di Desa Senadin baru-baru ini.

Katanya, beliau sebelum ini mengadakan sesi dialog bersama pihak polis dan penduduk setempat bagi membincangkan langkah meningkatkan keselamatan kawasan perumahan, selain menyertai rondaan bersama pihak polis dan anggota komuniti.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan KRT menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu memantau keselamatan kawasan masing-masing.

“Keselamatan komuniti bukan tanggungjawab pihak polis semata-mata, tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.

“Apabila jiran saling mengenali, mengambil berat dan peka terhadap keadaan sekeliling, kita dapat membantu mencegah kejadian jenayah serta mewujudkan persekitaran lebih selamat,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Lau santuni 13 keluarga di Paradom

SIBU, 21 November: Keprihatinan terhadap kebajikan jiran dan anggota masyarakat yang memerlukan bantuan mencerminkan semangat perpaduan serta sikap saling mengambil