KPD, ahli PERKEP Lawas santuni waris sarjan bersara

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan dan isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Lawas Jurawati  Bunsu menyantuni keluarga  Nur Syafiqah  Abdullah yang telah kehilangan suami, Sarjan (B) Sobri Abdullah yang meninggal dunia pada 2.00 pagi, kelmarin.

Allahyarham yang berasal dari Kedah, berkhidmat selama 40 tahun sebagai anggota polis di Lawas, sebelum bersara pada 2021.

Hasil perkahwinan bersama Nur Syafiqah yang berasal dari Lawas, Allahyarham dikurniakan  dua orang anak lelaki, dan keluarga Allahyarham kini menetap di Taman Mutiara, Jalan Punang, di sini.

Turut hadir ialah rombongan PERKEP Lawas bersama beberapa pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas.