Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kos ambil alih MASwings ‘tak juga mahal, tak juga murah’ – Abang Johari
  • SEMASA

Kos ambil alih MASwings ‘tak juga mahal, tak juga murah’ – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings dari Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Beliau berkata terdapat butiran tertentu mengenai pengambilalihan itu yang tidak dapat dikongsikannya secara terbuka kerana ia bersifat komersial.

“Tak juga mahal, tak juga murah but I cannot discloselah (tak boleh dedahlah),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli MASwings, di sini hari ini.

Abang Johari berkata perjanjian pengambialalihan MASwings adalah berbeza daripada ketika beliau mengumumkan Sarawak membayar RM2.5 bilion untuk mengambil alih loji hidroelektrik Bakun daripada Kerajaan Persekutuan pada 2017.

“Bakun kerana kita sahaja ada Bakun, jadi saya boleh dedah (kos pengambilalihan).

“Tetapi bagi MASwings, kita mesti menghormati pemain lain (penerbangan). Ada MAS, ada AirAsia, ada Malindo, ada Batik Air. Kita mesti menghormati perjanjian komersial,” katanya. 

Sementara itu mengenai pemilihan nama AirBorneo untuk syarikat penerbangan itu selepas pengambilalihan tersebut beliau berkata Sarawak juga mempertimbangkan kepentingan orang di Sabah, yang turut diberi perkhidmatan oleh MASwings semasa operasinya selama 17 tahun.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir menurun kepada 262 orang, hanya lima PPS masih aktif
Next: Buat permulaan, AirBorneo akan terbang ke KL, Singapura, Jakarta – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.