Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Korea Selatan tuntut rombakan menyeluruh selepas tersingkir awal Piala Dunia
  • SUKAN

Korea Selatan tuntut rombakan menyeluruh selepas tersingkir awal Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEMAIN tengah Korea Selatan #19, Lee Kang-in, meluahkan reaksi kecewa selepas pasukannya tewas dalam perlawanan bola sepak Kumpulan A Piala Dunia 2026 antara Afrika Selatan dan Korea Selatan di Stadium Monterrey di Guadalupe, Mexico, pada 24 Jun 2026. Foto AFP

SEOUL, Korea Selatan: Kegagalan Korea Selatan menamatkan kempen Piala Dunia dengan cemerlang telah mencetuskan kemarahan di tanah air, dengan desakan supaya rombakan menyeluruh dilakukan di peringkat tertinggi meskipun jurulatih Hong Myung-bo telah meletakkan jawatan.

Korea Selatan, yang pernah mara ke separuh akhir sebagai tuan rumah bersama pada 2002, tersingkir awal selepas gagal melangkah ke pusingan kalah mati sebagai antara lapan pasukan tempat ketiga terbaik.

Mereka hampir mara ke pusingan 32 terakhir, namun tewas mengejut 0-1 kepada Afrika Selatan yang berada pada ranking lebih rendah.

Kekalahan tersebut mendorong Hong meletakkan jawatan sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap masa depan antarabangsa kapten Son Heung-min.

Ia turut mengundang teguran daripada Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, yang menyalahkan “individu tidak kompeten” sambil memohon maaf kepada rakyat.

Kenyataan Presiden itu mencerminkan kemarahan awam yang semakin memuncak selepas bertahun-tahun rasa tidak puas hati terhadap badan bola sepak negara.

Bekas kapten Park Ji-sung berkata: “Mungkin kita sudah menjangkakan keputusan ini sejak beberapa tahun lalu.”

“Kita perlu meneliti semula dan bertanya bagaimana perkara ini boleh berlaku,” katanya selepas penyingkiran disahkan.

“Meskipun sudah sedekad mempelajari persediaan Piala Dunia dan membangunkan bola sepak Korea, kita kembali melupakan pelajaran itu.”

Korea Selatan dijangka mara daripada Kumpulan A yang turut disertai tuan rumah Mexico, Afrika Selatan dan Republik Czech.

Mereka bermula dengan kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech, namun tewas 1-0 kepada Mexico sebelum tumpas kepada Afrika Selatan.

Pasukan itu dijadual pulang pada pagi Selasa (waktu Malaysia), namun media tempatan melaporkan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) tidak merancang mengadakan majlis sambutan kepulangan.

Pada 2014, penyokong pernah membaling gula-gula kepada pasukan tersebut sekembalinya dari Brazil selepas tersingkir di peringkat kumpulan ketika era pertama Hong sebagai jurulatih.

Isyarat Perubahan

Hong menjadi tumpuan kritikan sejak kembali memegang jawatan itu pada Julai 2024, lima bulan selepas jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann, dipecat.

KFA turut dikritik berhubung proses pelantikan semula Hong yang dipersoalkan dari segi ketelusan dan keadilan.

Hong yang sering dikecam penyokong turut membuat keputusan kontroversi dengan menggugurkan bintang utama Son pada perlawanan menentang Afrika Selatan, ketika Korea hanya memerlukan satu mata untuk mara.

Hong mengakui selepas itu bahawa beliau sendiri sukar memahami apa yang berlaku, ketika negara menunggu keputusan perlawanan lain bagi menentukan nasib mereka.

Bekas pemain Piala Dunia 2002, Lee Chun-soo berkata beliau “berasa kecewa dan tertekan menyokong Uzbekistan” menentang Republik Demokratik Congo demi berharap keputusan itu membantu Korea mara.

“Ini isyarat untuk perubahan,” katanya di saluran YouTubenya.

“Semua pihak perlu bersedia untuk berundur.”

Penyokong Korea turut menyasarkan kemarahan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), Chung Mong-gyu.

Chung sebelum ini menyatakan akan berundur selepas kejohanan berakhir susulan kritikan hebat sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Beliau yang kini penggal keempat sebagai Presiden KFA turut dikritik kerana cubaan memberi pengampunan kepada bekas pemain yang disenarai hitam akibat skandal mengatur perlawanan.

Chung dan Hong mungkin bukan satu-satunya yang akan berundur, dengan kapten Son masih belum memberi kenyataan mengenai masa depannya.

Son, yang bakal berusia 34 tahun bulan depan, sebelum ini memberi bayangan kemungkinan bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Bekas kapten Park berkata Korea Selatan perlu belajar daripada kesilapan lalu.

“Adalah malang apabila kitaran ini terus berulang,” katanya.

“Kita mesti bermimpi dan membentuk masa depan yang lebih baik serta melangkah secara berperingkat agar tidak mengulangi kesilapan ini.” – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pertandingan pickleball pupuk bakat, semangat kesukanan dan gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.