Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Konvensyen PBB Ke-2 di Betong 26 September ini
  • TEMPATAN

Konvensyen PBB Ke-2 di Betong 26 September ini

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS

KUCHING: Betong akan menganjurkan Pesta Konvensyen Mini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kedua pada 26 September ini.

Satu jawatankuasa utama di bawah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah telah dibentuk untuk menganjurkannya dan telah mengadakan mesyuarat utama semalam.

Menurut Uggah, kira-kira seramai 800 pemimpin dan anggota parti dari 14 cawangan di Bukit Saban, Spaoh, Layar, Beting Maro, Saribas, Kalaka, Batang Ai, Engkilili, Balai Ringin, Lingga, Sebuyau, Simanggang, Krian dan Kabong dijangka hadir.

“Turut hadir ialah ahli veteran dan pemimpin dari parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Beliau berkata, konvensyen akan diadakan di Dewan Sukan Datuk Patinggi Stephen Kalong Ningkan.

“Ketua Menteri iaitu Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan pembukaan majlis yang akan berlangsung sehari itu,” katanya.

Uggah berkata, terdapat empat kertas kerja berkenaan perihal tanah, politik, pembangunan dan pembangunan usahawan (infrastruktur dan kemudahan) bakal dibentangkan.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah akan memberikan ceramah mengenai tanah dan permasalahannya.

“Anggota Parlimen Santubong, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ketua PBB Simanggang akan berucap mengenai pembangunan usahawan,” kata Uggah.

Pada mesyuarat tersebut pelbagai jawatankuasa untuk memudahkan penganjuran konvensyen juga dibentuk.

Turut hadir sama ialah Dato Sri Dr. Wan Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz, Datuk Julaihi Narawi (Sebuyau), Razaili Gapor (Beting Maro), Gerald Rentap Jabu (Layar) dan Ricky @Mohammad Razi Sitam (Saribas) dan seorang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr. Richard Rapu.

Konvensyen seterusnya akan diadakan di Sibu bulan depan bagi mereka yang berada di zon tengah dan diikuti dengan yang terakhir di Kuching.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: 4,500 penduduk terima akses elektrik
Next: Bertanding dalam pilihan raya adalah hak warga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.