Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kontraktor, pekerja perlu patuhi SOP
  • TEMPATAN

Kontraktor, pekerja perlu patuhi SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
RONDA… Anggota RELA Sebauh lakukan rondaan di tapak pembinaan Jambatan Sungai Kemenan semalam.

SEBAUH: Kontraktor dan pekerja pembinaan Jambatan Sungai Kemena di Sebauh ikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) penguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) Daerah Sebauh, Abu Samah Abdullah berkata demikian ketika dihubungi semalam.

Katanya, tugasan rondaan di tapak pembinaan Jambatan Sungai Kemena di hilir pekan Sebauh didapati pihak kontraktor dan pekerjanya mengikuti arahan SOP kerajaan.

“Kebanyakan pekerja pembinaan jambatan itu adalah warga China dan orang tempatan telah mulakan kerja sejak 10 Jun lepas.

“Sebelum mereka mulakan kerja pembinaan, bahawa kesemua mereka akan dijalankan pemeriksaan kesihatan sepanjang tempoh PKPP ini”, jelasnya.

Utusan Sarawak difahamkan jambatan yang sepanjang 723 meter itu nanti bakal menjadi satu lagi mercu tanda buat Sebauh yang dinaiktaraf sebagai sebuah daerah pada Ogos 2015.

Jambatan itu nanti akan melonjak kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan dengan rancak dan memberi peluang penduduk untuk memajukan tanah sekali gus memudahkan pemasaran hasil ke pekan Sebauh atau Bintulu.

Apabila projek pembinaan jambatan berkenaan siap, penduduk di kawasan Sebauh tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi Sungai Kemena.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Patuhi SOP ditetapkan
Next: Syarikat Hock Peng sumbang RM1.2 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.