Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kontrak RM200,000 ke bawah untuk kontraktor kelas F
  • TEMPATAN

Kontrak RM200,000 ke bawah untuk kontraktor kelas F

Utusan Sarawak 5 years ago
MESYUARAT… Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing ketika bermesyuarat bersama DUB Kapit.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing memberi jaminan bahawa kontrak berjumlah RM200,000 dan ke bawah akan ditawarkan kepada kontraktor kelas F oleh JKKK melalui nasihat oleh Pejabat Daerah dan JKR.

Masing berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat dari Dewan Usahawan Bumiputera (DUB) Kapit pagi semalam di pejabatnya.

Beliau berkata, buat masa ini, kebanyakan kontrak diberikan kepada orang luar kerana pembaharuan kelas F Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) adalah lambat yang mengakibatkan sesetengah kontraktor kehilangan peluang.

Masing berkata, pembekalan makanan sekolah juga diberikan kepada kontraktor yang besar dari luar kawasan Kapit dan DUB Kapit harus diberi peluang seperti dahulu yang juga melibatkan pembekalan diesel ke sekolah di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, kerajaan perlu membenarkan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) untuk membahagikan sebahagian kontrak supaya kontraktor di bawah DUB Kapit dapat mengambil bahagian dan ini juga dipraktik oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di dalam kontrak kerjanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: EPU ketuai Pasukan Petugas Khas Pemantauan Projek Negeri
Next: CoE Openlab: Capai Strategi Ekonomi Digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.