Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert Revolusi Radja 25 Tahun ditunda ke 19 September depan
  • HIBURAN

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun ditunda ke 19 September depan

Utusan Sarawak 1 day ago
KONSERT Revolusi Radja 25 Tahun ditunda ke 19 September depan selepas mengambil kira beberapa faktor semasa. Foto Facebook SINAR.

KUALA LUMPUR: Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai ini di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini, ditunda ke 19 September depan.

Penganjurnya Dhyah Production dan Infinity Love Creative Ventures dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor semasa.

“Ini termasuk lambakan acara hiburan dan konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh sama, selain situasi Pilihan Raya Negeri yang turut berlangsung ketika itu,” menurut kenyataan itu hari ini.

KONSERT Revolusi Radja 25 Tahun ditunda ke 19 September depan selepas mengambil kira beberapa faktor semasa. Foto Facebook SINAR.

Menurut penganjur, penundaan itu bagi memastikan perjalanan konsert lebih teratur serta tidak menjejaskan keselesaan penonton dari segi pergerakan lalu lintas dan kemudahan letak kenderaan. 

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun bakal menyajikan persembahan istimewa dengan himpunan lagu-lagu popular yang dekat di hati peminat Malaysia dan Indonesia sepanjang lebih dua dekad perjalanan muzik Radja. 

Konsert bakal turut menampilkan beberapa artis undangan istimewa sekali gus menjanjikan malam penuh bersejarah dan lebih eksklusif buat para peminat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia bakal berwajah baharu sempena ulang tahun ke-30
Next: Legenda muzik negara gegar Miri menerusi Makan Malam Amal Legenda, satukan usaha bantu seniman veteran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.