Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KNFM terus meriah, promosi pemakanan sihat dan pertanian lestari
  • TEMPATAN

KNFM terus meriah, promosi pemakanan sihat dan pertanian lestari

Utusan Sarawak 3 weeks ago
WEE (tiga, kanan) bersama Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo (empat,kanan), serta ahli-ahli majlis MBKS yang lain merakam gambar kenangan bersama pelanggan di gerai milik Ivy.

KUCHING: Pasar tani berkonsepkan lestari dan organik, Kuching Natural Farmers’ Market (KNFM), terus menarik perhatian masyarakat apabila kembali berlangsung di kawasan letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini.

Dianjurkan dua kali sebulan, pasar ini menjadi platform penting bagi petani dan usahawan tempatan untuk memasarkan hasil pertanian semula jadi seperti sayur-sayuran organik, tanaman hiasan, serta kuih-muih buatan tangan.

WEE bersama ahli-ahli majlis menunjukkan sokongan terhadap KNFM dengan melawat gerai-gerai yang terdapat di pasar tani tersebut.

Kemeriahan pasar turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar MBKS, Dato’ Wee Hong Seng, yang meluangkan masa meninjau gerai-gerai sambil beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung.

“AIR plants” yang dipamerkan di gerai yang dikendalikan oleh Johnson dan Teresa.

Kehadiran beliau memperlihatkan sokongan berterusan pihak berkuasa tempatan terhadap usaha memperkasa ekonomi komuniti dan mempromosikan amalan hidup sihat.

KNFM bukan sahaja berfungsi sebagai tempat urus niaga, malah turut menjadi platform pendidikan awam yang menyemai kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dan pertanian lestari.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Pesta ikan Terubok warnai Pendam, harga serendah RM1 tarik pembeli serata tempat
Next: Kemelut isu Petronas-kerajaan Sarawak, diselesai secara ‘menang-menang’ – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.