Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK digesa sampaikan maklumat pembangunan kepada penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

KMKK digesa sampaikan maklumat pembangunan kepada penduduk

Utusan Sarawak 2 months ago
HADIR… Datuk Dr Penguang Manggil hadir pada majlis amanat bersama Ahli Majlis serta Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) di Dewan Masyarakat Beluru semalam. Foto UKAS

BARAM: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil menggesa agar Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) menyampaikan maklumat mengenai pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan Marudi kepada penduduk di kampung dan rumah panjang masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi turut membangkitkan isu politik, semasa, isu yang dibangkitkan oleh netizen, peranan KMKK dan Ahli Majlis dalam pengurusan isu serta menangani aduan awam.

Beliau berkata demikian pada majlis amanat bersama Ahli Majlis serta Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) bagi konstituensi Marudi di Dewan Masyarakat Beluru semalam.

“Amanat ini penting agar penduduk kawasan DUN Marudi mengetahui apa yang dibuat oleh wakil rakyat mereka,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai pengenalan kawasan Marudi dan pembangunan infrastruktur kawasan tersebut. – UKAS


Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKR arahkan kontraktor segerakan kerja pembaikan
Next: Pemantauan MTL di kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.