Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Klinik Pickleball bakal diadakan di Bekenu Jun depan
  • Utara
  • WILAYAH

Klinik Pickleball bakal diadakan di Bekenu Jun depan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Rosey Yunus ketika menerima kunjungan oleh pihak MUSCS Pickleball Club, Ahmad Johari Man tali (baju biru) dan Sufyan Morni di pejabat Rosey Yunus di Kuching, hari ini.

MIRI: Klinik Pickleball akan diadakan di Bekenu pada Jun ini dan penyertaan daripada penduduk setempat amat dialu-alukan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, ketika dihubungi hari ini berkata bahawa pickleball merupakan sukan moden yang semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan golongan muda.

“Sukan ini adalah gabungan unik antara tenis, pingpong dan badminton. Ia lebih santai, menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat kemahiran.

“Ia mudah dipelajari, penuh aksi, dan yang paling penting, menjadi aktiviti sosial yang menyeronokkan bersama rakan-rakan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan mengenai penganjuran klinik tersebut telah diadakan bersama wakil MUSCS Pickleball Club, Ahmad Johari Mantali dan Sufyan Morni.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 Ketua Kaum terima watikah pelantikan di Sri Aman
Next: Rumah menunggu di Pengkalan Kampung Perpat bakal dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.