Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Khidmat ‘runner’ wanita bantu mudahkan urusan kaum hawa, jadi talian hayat komuniti
  • INSPIRASI

Khidmat ‘runner’ wanita bantu mudahkan urusan kaum hawa, jadi talian hayat komuniti

Utusan Sarawak 6 hours ago
NOR Anisah Abdullah, 29, (kanan) ketika melaksanakan tugas bersama klien yang menempah khidmat peneman yang ditawarkannya ketika tinjauan Bernama hari ini.

KUANTAN: Kekangan masa dan tuntutan tugas mendorong perkhidmatan ‘runner’ semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat termasuk diusahakan oleh seorang wanita muda ini, yang bukan sahaja menghantar barangan malah menawarkan khidmat membantu kaum hawa yang memerlukan.

Bagi Nor Anisah Abdullah, 29, idea tersebut tercetus apabila beliau melihat ramai yang berdepan kesukaran mendapatkan bantuan segera untuk urusan harian terutama golongan wanita dan warga emas yang membuatkannya tampil sebagai talian hayat komuniti.

Selain perkhidmatan menghantar barang, beliau turut menerima tempahan bagi menemani individu ke hospital, membeli belah, mengambil serta menghantar anak pelanggan ke sekolah atau tuisyen, menyelesaikan urusan pejabat dan dokumen serta menjaga kanak-kanak.

Katanya, perkhidmatan itu bukan sahaja memudahkan urusan pelanggan, malah memberi nilai tambah dari segi sokongan emosi dan kepercayaan, terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian.

“Baru-baru ini, ada wanita minta saya temankan dia hadir temu janji di hospital, jadi saya uruskan semua prosedurnya termasuk menolak kerusi roda pesakit dan menemaninya ketika berjumpa doktor serta membantu membeli makanan. Kadang-kadang mereka cuma perlukan seseorang untuk teman, bukan semua benda boleh buat sendiri,” katanya kepada Bernama.

Malah ibu kepada seorang anak perempuan itu berkata beliau turut membantu pelanggan yang berhadapan dengan situasi kecemasan selain bertindak sebagai ‘pendengar’ kepada wanita yang ingin berkongsi masalah.

“Ada juga pelanggan sanggup bayar supaya saya hantar mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Kuantan, saya buat kerana untuk membantu dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan yang lebih,” kata anak jati Kuantan itu.

NOR Anisah Abdullah, 29, menunjukkan iklan perkhidmatan yang ditawarkannya ketika tinjauan Bernama hari ini.

Beliau berkata caj dikenakan berbeza mengikut perkhidmatan yang ditawarkan dan secara purata sehari beliau dapat menjana pendapatan ratusan ringgit dengan memulakan tugas seawal 7.00 pagi dan adakalanya sehingga malam.

Namun begitu beliau mengakui bahawa kerjaya ini berisiko dan berdepan dengan pelbagai isu keselamatan dan perlu sentiasa berhati-hati sebelum menerima tempahan mengambil atau menghantar pelanggan.

“Perkara pertama yang saya akan pastikan adalah lokasi iaitu bukan tempat yang tersorok atau sunyi kedua identiti pelanggan, kerana saya hanya menerima tempahan daripada wanita, ada juga lelaki yang cuba menipu dan membuat tempahan,” kongsinya.

Bagaimanapun, Nor Anisah mengakui cabaran utama adalah memastikan ketepatan masa serta menjaga kepercayaan yang diberikan pelanggan sepanjang mula melakukan perkhidmatan itu sejak tahun lepas.

“Saya rasa perkhidmatan macam ini memang diperlukan, lebih-lebih lagi di kawasan bandar dan permintaan juga dilihat semakin meningkat terutama dalam kalangan golongan bekerja dan warga emas, di samping itu bila pelanggan sudah selesa dan percaya mereka akan syorkan (perkhidmatannya) kepada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih ramai pihak melihat perkhidmatan ‘runner’ sebagai satu pekerjaan yang mampu membantu komuniti selain menjana pendapatan.

“Walaupun nampak kecil, tapi impaknya besar kepada orang yang memerlukan dan sebab lain saya melakukan pekerjaan ini adalah saya mempunyai lebih masa bersama anak dan membantu ekonomi keluarga kecil kami,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dari padang bola ke dapur Makkah, Hairuddin Omar sajikan rasa Malaysia untuk jemaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.