Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ketua Pegawai Eksekutif RECODA lawat projek jambatan baharu Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA lawat projek jambatan baharu Lawas

Utusan Sarawak 5 months ago
TURUN PADANG… Ismawi (dua, kanan) turun padang melihat sendiri status perkembangan projek Jambatan Bandar Lawas yang kini berjalan lancar.

LAWAS: Projek jambatan baharu Lawas dijangka membawa perubahan besar kepada Wilayah Utara Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni, bersama pasukan pengurusan projek telah mengadakan lawatan tapak untuk menilai kemajuan dan memastikan projek ini berjalan mengikut jadual.

Semasa lawatan tersebut, satu pencapaian penting telah direkodkan dengan pelancaran salah satu rasuk jambatan (girder), yang menandakan kemajuan signifikan dalam pembinaan jambatan ini.

Projek infrastruktur yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di bawah RECODA ini akan meningkatkan ketersalinghubungan dan membuka peluang ekonomi baharu untuk komuniti di wilayah ini.

Ismawi yang turun padang untuk menilai sendiri kemajuan projek di bawah RECODA turut berpuas hati dengan tahap pencapaian dan berharap momentum pelaksanaan projek dapat dikekalkan untuk membolehkan projek berkenaan siap mengikut jadual.

Turut sama mengiringi Ismawi, Pengarah Wilayah NRDA Datu Ubaidillah Latip yang menjelaskan bahawa kepimpinan RECODA tidak hanya melihat perkembangan projek melalui laporan tetapi turut turun padang melihat keadaan sebenar pelaksanaan projek.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tujuh hari berlalu, pencarian Jackson Bar Runi belum ada petunjuk baharu
Next: Program perkasakan Ketua Masyarakat, Ketua Kaum perlu diteruskan – Safiee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.