Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ketua Cabang PKR Sibu letak jawatan
  • TEMPATAN

Ketua Cabang PKR Sibu letak jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago
ABDUL Raafidin Majidi

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Abdul Raafidin Majidi mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta, Isnin lalu.

Raafidin berkata, beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada pucuk pimpinan parti melalui WhatsApp.

“Walaupun saya belum menerima surat secara rasmi dari pusat, saya dengan rendah diri meletak jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Sibu yang telah disandang sejak 2014 berkuatkuasa dengan serta-merta,” katanya.

Beliau yang dihubungi pemberita semalam berkata, akan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun tanpa mempunyai sebarang jawatan parti.

“Sama ada saya akan menyertai mana-mana parti, itu hanya difikirkan apabila tiba waktunya nanti.

“Buat masa ini, saya mahu terus fokus untuk membantu rakyat,” katanya. Ketika ditanya sama ada terdapat peletakan jawatan lain dari PKR Cabang

Sibu, beliau mengatakan bahawa tidak pasti akan kemungkinan tersebut.
“Terserah kepada mereka sama ada mereka bersedia atau tidak untuk mengundurkan diri dan mengikuti saya.

“Saya tidak dapat mempengaruhi mereka,” ujarnya.
Sehubungan itu, bekas calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 itu mengumumkan Timbalan Ketua Cabang, Nordin Ahmad akan menggantikan beliau sebagai Ketua Cabang PKR Sibu yang baharu mengikut Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat Fasa l 37.9.

Beliau juga memohon maaf kepada semua ahli PKR cabang Sibu dan pengundi setempat sekiranya terdapat kekurangan sepanjang enam (6) tahun beliau menjawat jawatan tersebut.

Continue Reading

Previous: Kampung Benawa dilanda banjir
Next: Banjir kilat di Zon Tiris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.