Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kesilapan Varane sekat Real Madrid
  • SUKAN

Kesilapan Varane sekat Real Madrid

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMAIN pertahanan Real Madrid, Raphael Varane (kiri) bersaing dengan pemain tengah Manchester City, Phil Foden semasa perlawanan bola sepak pusingan ke-16 Liga Juara-Juara UEFA antara Manchester City dan Real Madrid di Stadium Etihad di Manchester, Barat Laut England

 PEMAIN pertahanan  Real Madrid dari Perancis, Raphael Varane menegaskan bahawa dua kesilapan yang dilakukannya membantu Manchester City menjatuhkan pasukannya daripada dari Liga Juara-Juara pada Jumaat dan mengakui: “Ini ada pada saya. Saya gagal.”

City menang 2-1 untuk kemenangan agregat 4-2 sekali gus mara ke suku akhir dan bakal berdepan Lyon.

City memanfaatkan dua kesilapan mengejutkan oleh Varane untuk mendapatkan gol bagi pasukan tersebut, dengan Raheem Sterling dan Gabriel Jesus menjaringkan kedua-dua belah gol. Manakala gol pelawat dijaringkan Karim Benzema dalam perlawanan kedua 16 terakhir ini, yang berlansung tanpa kehadiran penonton di Stadium Etihad.

Varane dikeluarkan dalam kotak penalti pada minit kesembilan yang membolehkan Sterling meletakkan City di depan, dan percubaan hantaran belakangnya yang kurang baik memberikan  gol kepada Jesus pertengahan babak kedua.

“Saya ingin berdiri kerana di mata saya, kekalahan ini ada pada diri saya. Saya harus bertanggungjawab atasnya,” akui Varane.

“Saya sedih untuk rakan sepasukan saya, atas usaha mereka. Saya harus memikul tanggungjawab saya dalam kekalahan itu, kesilapan sangat mahal pada tahap persaingan ini.”

Kapten kebangsaan Perancis berusia 27 tahun itu menambah: “Kami memberikan segalanya di atas padang tetapi kadang-kadang anda boleh gagal. Hari ini, saya gagal, dan saya harus mengakuinya.”

Continue Reading

Previous: Fabio terpantas MotoGP Czech
Next: Inisiatif aktifkan belia dalam sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.