Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kesilapan juruterbang punca nahas pesawat terhempas
  • GLOBAL

Kesilapan juruterbang punca nahas pesawat terhempas

Utusan Sarawak 5 years ago
SERPIHAN PESAWAT… Keadaan bangkai pesawat tersebut yang musnah teruk selepas terputus dua. – Foto AFP

NEW DELH: Pesawat Air India Express yang membawa 190 rakyat terkandas di Dubai sebelum terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut di Kerala dan meragut 19 nyawa pada Jumaat lalu didakwa cuba menyentuh landasan pada jarak terlalu tinggi.

Semalam, Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Arun Kumar memaklumkan pesawat itu mendarat pada jarak 915 meter di landasan
sepanjang 2,740 meter tersebut.

“Ia jelas melanggar kawasan keselamatan pada jarak 240 meter dengan kelajuan tinggi hingga terjunam ke dalam cenuram,” ujarnya. Menurut laporan AFP, sama ada nahas itu disebabkan oleh penilaian yang salah oleh juruterbang, Kumar menjawab ‘ia kelihatan seperti itu’.

Menurutnya, pesawat tersebut sepatutnya mendarat sebelum ketinggian 304 meter, sambil menambah perkara itu hanya dapat disahkan menerusi maklumat dimuat turun daripada perakam data penerbangan.

Dalam perkembangan berkaitan, kesemua mangsa penumpang dan anggota penyelamat turut diminta menjalani ujian saringan Covid-19 selepas seorang mangsa terkorban disahkan positif virus tersebut.– AFP

Continue Reading

Previous: Havana laksana perintah berkurung
Next: 11 TERKORBAN, pusat rawatan Covid-19 terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.