Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kes positif di Indonesia 51,427, kematian 2,683
  • GLOBAL

Kes positif di Indonesia 51,427, kematian 2,683

Utusan Sarawak 5 years ago

This picture taken on June 22, 2020 shows Indonesian doctor Carissa Putri (R), aged 25, and nurse Vincensia Vista (C), 24, handling an incoming patient with light symptoms at a quarantine facility for COVID-19 coronavirus patients in Tangerang. - The Indonesian Health Ministry's Disease Prevention and Control on June 22 said the country's death toll from the COVID-19 coronarivus pandemic had reached 2,500, with 48,845 confirmed cases reported over the country's 34 provinces. (Photo by ADEK BERRY / AFP)

GAMBAR ini diambil pada 22 Jun 2020 menunjukkan seorang doktor Indonesia, Carissa Putri (kanan), berusia 25 tahun, dan jururawat Vincensia Vista (tengah), 24, menangani pesakit yang masuk dengan gejala ringan di pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 di Tangerang.
• Foto AFP

JAKARTA: Sebanyak 63 lagi kematian akibat Covid-19 di Indonesia bagi tempoh 24 jam, manakala kes positif virus itu terus meningkat kepada 51,427 kes.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,240 kes positif baharu, manakala jumlah kematian keseluruhan kini 2,683 orang.

“Sebanyak 13,506 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 796 kes, diikuti provinsi Jakarta (616 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (173) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Provinsi Jawa Timur terus mencatatkan peningkatan kes positif dan kematian mendadak, sejak Ramadan lepas, dipercayai akibat pergerakan orang ramai pulang ke kampung menyambut perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Sehingga kini, provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kes positif kedua tertinggi selepas Jakarta iaitu 10,545 kes, dengan tambahan 356 kes baharu dan 32 kematian bagi tempoh 24 jam lepas. Kes positif di Jakarta kini 10,591. – Bernama

Continue Reading

Previous: Thailand lupuskan 25.3 tan dadah
Next: Enam maut dalam perjalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.