Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kes positif baharu ASF dikesan di Serian
  • SEMASA

Kes positif baharu ASF dikesan di Serian

Utusan Sarawak 5 months ago

KOTA SAMARAHAN: Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Samarahan telah mengesan kes positif baharu penyakit Demam Babi Afrika (African Swine Fever, ASF) di Bahagian Serian, baru-baru ini. 

Menurut satu kenyataan, pihak veterinar menzahirkan kebimbangan kerana penyebaran penyakit tersebut berpotensi menjejaskan ekonomi penternakan khinzir di Bahagian Samarahan.

Katanya, lokasi Serian yang bersempadan dengan Samarahan meningkatkan risiko penularan penyakit tersebut ke kawasan ini.

“Penduduk tempatan dinasihatkan untuk tidak membeli daging babi atau baka anak babi daripada sumber yang tidak diketahui. 

“Penternak juga digesa untuk mengetatkan langkah biosekuriti di ladang mereka bagi mengelakkan penyebaran ASF.

“Pihak kami memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan segera kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Samarahan sekiranya terdapat ternakan babi mati secara tiba-tiba atau menunjukkan simptom penyakit ASF,” katanya.

Sebarang laporan atau maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Samarahan untuk tindakan lanjut.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Next: KPWKM terima lebih 1,000 aduan kes gangguan seksual terhadap lelaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.