Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes Batu Puteh: Dr Mahathir beri keterangan kepada RCI
  • JENAYAH

Kes Batu Puteh: Dr Mahathir beri keterangan kepada RCI

Utusan Sarawak 11 months ago
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika keluar dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Bekas perdana menteri itu tiba di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada 10.46 pagi dan dilihat keluar selepas selesai memberi keterangan hampir dua jam.

Bercakap kepada media selepas itu, Dr Mahathir berkata satu sidang media akan diadakan di pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

“Prosiding hari ini adalah tertutup, jadi saya tidak boleh cakap apa-apa, tapi saya akan berjumpa dengan press untuk membuat penjelasan berkenaan dengan pemikiran saya, yakni bukannya rahsia. Apa yang berlaku di sini (prosiding) adalah rahsia,” katanya.

Beliau sebelum ini mengesahkan disapina untuk memberi keterangan kepada RCI berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Dr Mahathir berkata beliau dan peguamnya sudah menjangkakan akan dipanggil untuk menghadiri prosiding itu kerana menjadi pihak yang berkait dengan perkara yang dibincangkan RCI berkenaan.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Dr Mahathir supaya prosiding RCI bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijalankan secara terbuka.

Hakim Datuk Amarjeet Singh juga menolak permohonan yang dikemukakan bagi menghalang Tun Md Raus Sharif daripada bertindak sebagai pengerusi RCI dan bagi menghalang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu serta Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir daripada menjadi ahli RCI.

Mahkamah juga menolak permohonan pemohon (Dr Mahathir) untuk menangguhkan prosiding RCI sehingga penyelesaian akhir permohonan semakan kehakiman berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun
Next: Dua lelaki didakwa edar 38.85 kilogram methamphetamine di KLIA2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.