Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan – KPN
  • JENAYAH

Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan – KPN

Utusan Sarawak 1 year ago
KETUA Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini, dijangka siap dalam tempoh lima hari lagi sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis telah merakam keterangan Dr Muhamad Akmal semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan selepas keterangan diambil daripada beliau semalam,” katanya ringkas  ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Razarudin mengesahkan Dr Muhamad Akmal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998, selepas menerima dua laporan berhubung ucapan di media sosial dan di Kelantan, tentang isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Dr Muhamad Akmal menerusi Facebook rasminya semalam turut memaklumkan beliau ditahan walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: KPN sahkan Ketua Pemuda UMNO ditahan di Kota Kinabalu
Next: Avitan Shalom didakwa berdagang senjata api, miliki peluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.