Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerosakan sekolah di Selanggau akibat banjir perlu dipulih segera
  • TEMPATAN

Kerosakan sekolah di Selanggau akibat banjir perlu dipulih segera

Utusan Sarawak 3 months ago

Keadaan sekolah di Selangau selepas dilanda banjir baru-baru ini. Kredit foto: DUN N59 TAMIN) 

SIBU: Sekolah yang terjejas akibat banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin akan diberi perhatian bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran pelajar yang terkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang berkata, beliau telah mengemukakan isu tersebut kepada pihak berkaitan bagi mempercepatkan bantuan.

“Masalah sekolah yang terjejas akibat banjir di Tamin telah saya panjangkan kepada pihak berwajib. 

“Saya juga telah berbincang dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Anuar Rapiee, serta Ketua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau bagi mencari penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini. 

Antara sekolah yang terjejas teruk akibat banjir di kawasan berkenaan ialah Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Ng Kua Selangau, SRK Ng Selangau dan SRK Pelugau.

Menurut Gira, senarai kerosakan serta permohonan baik pulih bangunan sekolah telah dikemukakan oleh PPD Selangau kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) untuk tindakan lanjut.

Beliau berharap langkah segera dapat diambil bagi memastikan sesi persekolahan tidak terganggu serta kebajikan pelajar dan guru terus terpelihara.

Continue Reading

Previous: RM2 juta untuk mendalamkan kuala sungai di Lawas
Next: ‘Love Blooms’ pupuk perpaduan, kekalkan warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.