Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama Petronas, Petros
  • SEMASA

Kerjasama Petronas, Petros

Utusan Sarawak 5 months ago

SUBANG: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) boleh saling menyokong untuk berkembang dalam industri minyak dan gas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.

“Petronas juga perlu menyokong Petros dan membolehkannya menjadi pemain yang penting,” kata beliau pada sidang media di sini, semalam.

Anwar turut menyifatkan perbincangan beliau dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai amat baik.

“Kami (kedua-dua pihak) mahukan penyelesaian yang baik mengenai isu ini,” kata beliau sebagai respons kepada perbincangan mengenai pengagihan gas antara Petronas dan Petros.

Pada 12 Disember lepas, Anwar dilaporkan berkata perbincangan antara Petronas dan Petros telah selesai dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.

Perdana Menteri turut berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang baik dengan Abang Johari mengenai perkara itu dan telah mencapai keputusan yang jelas.

Sehari sebelumnya, Abang Johari dilaporkan berkata bahawa terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan butiran formula pengagihan tersebut.

Sebelum itu, Premier Sarawak dalam temu bual dengan stesen televisyen milik kerajaan Sarawak, TV Sarawak (TVS), berkata isu pengagihan gas itu boleh dianggap selesai sementara menunggu pengumuman rasmi daripada Anwar.-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Upacara sembahyang ACS simbol keharmonian pelbagai komuniti
Next: Elak berpuak-puak dalam PBB – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.