Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja-kerja penyelenggaraan SEB: Tiga loji LRA terjejas Sabtu ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja-kerja penyelenggaraan SEB: Tiga loji LRA terjejas Sabtu ini

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR hiasan.

LINGGA: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sri Aman menyarankan pengguna dari seluruh kawasan Lingga, Seduku, Stumbin dan berdekatan menyimpan air mencukupi sebelum Sabtu ini.

Menurut JBALB Bahagian Sri Aman menerusi hantaran notis, pengguna di kawasan terbabit akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah bermula 8.30 pagi pada hari tersebut.

“Gangguan bekalan air disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Penyelenggaran itu secara tidak langsung, menjejaskan Loji Rawatan Air (LRA) Lingga, LRA Seduku dan LRA Stumbin.

“Justeru, pengguna di seluruh kawasan terlibat dinasihat untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum SEB memulakan penyelenggaraan,” katanya.

Pengguna terjejas justeru disaran untuk menghubungi pihak JBALB Bahagian Sri Aman di talian 083-323240 pada waktu pejabat bagi sebarang pertanyaan berhubung kerja-kerja berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program rondaan cegah jenayah di Sibu
Next: Seisi keluarga terkejut biawak masuk rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.