Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kereta terperangkap dalam laluan banjir
  • Selatan
  • WILAYAH

Kereta terperangkap dalam laluan banjir

Utusan Sarawak 7 months ago
BANTU… Petugas APM sedang membantu mangsa yang terperangkap dalam kenderaan sambil meredah laluan banjir di kawasan Jalan Kumpang, Lubok Antu, tengah hari semalam.

LUBOK ANTU: Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki oleh mereka terperangkap dalam laluan banjir di kawasan Jalan Kumpang, di sini, semalam.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan berjaya dikeluarkan daripada kenderaan itu setelah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu tiba untuk mengendalikan kes tersebut.

“Pihak kami telah menerima panggilan pada 12.24 tengah hari daripada orang awam yang menyatakan ada sebuah keluarga terperangkap dalam kenderaan di laluan banjir dekat kawasan Jalan Kumpang itu.

“Bertindak atas panggilan, pasukan MyASPA-O Delta yang diketuai oleh Mohd Firdaus Abdul Rani dan dua anggota segera bergerak ke lokasi untuk membantu mangsa,” kata pegawainya, Leftenan Desem Samuel.

Setibanya di lokasi, pasukan MyASPA-O Delta segera bertindak mengharungi banjir tersebut untuk membantu mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan itu ke kawasan daratan.

Hasil siasatan awal para anggotanya Desem berkata, keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuching menuju ke Kampung Melayu di Lubok Antu sebelum kenderaan mereka gagal melepasi laluan banjir itu.

“Jalan tersebut dinaiki air disebabkan hujan berterusan pada malam sebelumnya. Hari ini (semalam) kami bertindak melakukan pemantauan dan mendapati air banjir berkenaan sudah pun surut sepenuhnya.

“Tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang penugasan tersebut dan semua ahli keluarga mangsa ditempatkan dalam ambulans agensi kami sebelum dipindah ke tempat lebih selamat,” kata Desem.

Orang ramai di kawasan Lubok Antu, Skrang dan Engkilili kata beliau, boleh menghubungi pihaknya di talian 083-584639 atau talian kecemasan 999 jika mahu melapor kejadian banjir di kawasan mereka bagi tujuan tindakan lanjut.

Continue Reading

Previous: Ibu bapa berperanan penting tentukan kehidupan anak-anak
Next: MPS mula khidmat bayaran parkir tanpa tunai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.