Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbalik masuk parit, dua mangsa selamat
  • KEMALANGAN

Kereta terbalik masuk parit, dua mangsa selamat

Utusan Sarawak 2 years ago

KERETA TERBALIK MASUK PARIT.....Dua mangsa selamat dalam kejadian berlaku di Jalan Tunku Ahmad Zaidi Idrus, Sibu pagi tadi.

SIBU: Berpantang maut sebelum ajal!

Dua mangsa berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka dinaiki terbalik, lalu menggelongsor masuk parit dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tun Ahmad Zaidi Edruce, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.21 pagi.

Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios telah terjatuh dan terbalik dalam parit yang berair. 

“Terdapat dua mangsa, seorang lelaki dan wanita dewasa berjaya  dikeluarkan oleh orang awam sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sibu menggunakan ambulan.

Oleh AKUN GIMAN

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Rumah panjang di Bintulu terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal
Next: Lelaki tersepit dalam kemalangan di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.