Kereta terbakar setelah bertembung dengan 4WD

Facebook
WhatsApp
PADAM... Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta yang terbakar dalam kejadian berhampiran Gelasah Suai, Jalan Pan Borneo dekat Miri pagi tadi.

MIRI: Sebuah kereta terbakar selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) berhampiran Gelasah Suai, Jalan Pan Borneo dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu  jam 6.59 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati kereta itu sudah musnah sepenuhnya. Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya  bertindak memadamkan kebakaran kereta tersebut. 

Operasi itu tamat sepenuhnya jam 8.10 pagi. 

Empat rumah terbakar di Uma Badeng

BELAGA: Empat rumah kayu di Uma Badeng, Sungai Asap, terbakar dalam kejadian pagi ini. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba