Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar akibat mercun disimpan dalam but
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar akibat mercun disimpan dalam but

Utusan Sarawak 2 months ago
KEBAKARAN tersebut dipercayai berpunca daripada mercun yang disimpan dalam but kenderaan tersebut.

IPOH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan berkata kejadian menimpa kereta jenis Proton Gen-2 milik mangsa berusia 24 tahun itu berlaku kira-kira 5.30 petang. 

“Siasatan mendapati sebelum kebakaran berlaku, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan. Ketika cuba menghidupkan semula kereta, mangsa ternampak kepulan asap keluar daripada bahagian tayar belakang hingga mengeluarkan api.

“Pemandu juga menyatakan bahawa ada meletakkan mercun untuk digunakan semasa hari raya dalam but kereta tersebut,” katanya.

Hasbullah berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.

Terdahulu, video kebakaran tersebut tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terbakar diikuti letupan dan asap. – Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lima kenderaan musnah terbakar dalam bengkel
Next: Stor penyimpanan kayu, barangan lusuh terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.