Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta ranap dijilat api di parkir
  • KEBAKARAN

Kereta ranap dijilat api di parkir

Utusan Sarawak 2 months ago
PANGGILAN KECEMASAN… Anggota bomba memadam dan memeriksa kebakaran kereta di Jalan Keruing, hari ini. -Foto kredit Bomba

KUCHING: Sebuah kereta jenis Proton Wira musnah sepenuhnya dalam kebakaran di tempat letak kereta Menara Pelita, Jalan Keruing, tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.59 tengah hari sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

Komander Operasi PBK I Pandi Seh, berkata, pasukan bomba bertindak pantas memadam kebakaran menggunakan dua salur bantu mula dan berjaya mengawal api sepenuhnya pada 1.18 tengah hari. 

Operasi tamat sepenuhnya 10 minit kemudian selepas memastikan keadaan selamat.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Kereta musnah terbakar di Jalan Padang Kerbau
Next: Pacuan empat roda musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.