Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah dalam kebakaran di Jambatan Sungai Menyan
  • KEBAKARAN

Kereta musnah dalam kebakaran di Jambatan Sungai Menyan

Utusan Sarawak 2 weeks ago
PASUKAN bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran sebuah kereta di Jambatan Sungai Menyan, petang tadi.

SIBU: Sebuah kereta musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jambatan Sungai Menyan, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada 4.55 petang.

Menurut PGO, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang terbakar 100 peratus di tengah jalan. Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bagi mengawal api.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, dan kerja-kerja overhaul masih sedang dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar 100 peratus, dua individu terselamat
Next: Stor kilang terbakar, punca masih disiasat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.