Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kereta hampir musnah dalam kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Kereta hampir musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 3 months ago
HAMPIR MUSNAH… Sebuah kereta terbakar 70 peratus dalam insiden yng berlaku di Jalan Upper Lanang tengah hari tadi.

SIBU: Sebuah kereta jenis Proton Saga hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Upper Lanang, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah hari sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati api marak di bahagian enjin kenderaan. Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula (SBM) dengan sumber air daripada tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kebakaran itu menyebabkan kerosakan kira-kira 70 peratus pada kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, dua penumpang iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dewasa telah berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hubungi SFC segera jika kediaman dimasuki buaya
Next: Bomba bantu hantar pek makanan untuk penduduk terputus hubungan di Pakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.