Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak sasar tiga juta pelancong jana RM7.25 bilion tahun ini
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak sasar tiga juta pelancong jana RM7.25 bilion tahun ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Sarawak telah menerima 1.30 juta ketibaan pelawat sehingga April 2023 dengan peningkatan sebanyak 315.41 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dan menjana RM3.27 bilion resit pelancongan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun trend menggalakkan ini, pemulihan pelancongan masih menghadapi beberapa cabaran.

“Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), keadaan ekonomi kekal sebagai faktor utama yang mempengaruhi pemulihan berkesan pelancongan antarabangsa pada tahun ini, dengan inflasi yang tinggi dan kenaikan harga minyak diterjemahkan kepada kos pengangkutan dan penginapan lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Bagaimanapun, beliau optimis untuk mencapai lebih tiga juta ketibaan pelawat pada tahun ini dan menjangkakan menjana RM7.25 bilion dalam resit pelancongan.

“Pelancongan antarabangsa dijangka meneruskan pemulihannya pada tahun ini, manakala pelancongan domestik akan terus menyokong prestasi keseluruhan, didorong oleh permintaan untuk destinasi yang lebih dekat dengan rumah ketika pelancong mencari aktiviti terbuka, produk berasaskan alam semula jadi, dan pelancongan luar bandar,” katanya.

Pada tahun lalu, Sarawak telah menerima 2.03 juta ketibaan pelawat iaitu meningkat sebanyak 761.84 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, membawa masuk anggaran resit pelancongan sebanyak RM4.96 bilion.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Kalimah Allah: Cadangan perkemas peraturan dibentang dalam Mesyuarat Raja-Raja pada Julai
Next: Jalan ditutup sempena DBKU Criterium Race 2.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.